Cari @ Amanz

Setelah menguji versi beta tertutup sejak tahun lepas, PlayTV Asia Sdn Bhd telah pun memperkenalkan versi beta terbuka Maaduu kepada semua pengguna, membolehkan para pengguna menonton pelbagai rancangan dan drama Korea secara percuma dan sah terus melalui halaman Maaduu.com.


Laman Maaduu

Maaduu membawakan pelbagai rancangan dan kandungan perdana dari saluran TV Korea secara percuma kepada para pengguna Malaysia, dan seluruh dunia, secara percuma dengan sokongan iklan. Walaubagaimanapun, iklan yang diperlihatkan tidaklah begitu memandu, dimana iklan hanya diperlihatkan pada bahagian awal setiap rancangan, dan kemudian anda boleh mengikuti rancangan kegemaran anda itu tanpa sebarang gangguan.

Pada masa yang sama, kadar respon laman Maaduu juga amat tinggi, dimana para pengguna boleh mengikuti rancangan kegemaran mereka tanpa sebarang masalah, dan tanpa perlu menunggu masa yang lama, seperti pada laman-laman yang lain. Para pengguna yang mengunjungi laman mereka buat pertama kali, dapat menonton satu episod, dan untuk menonton episod seterusnya, pendaftaran diperlukan. Walaubagaimanapun, pendaftaran pada laman Maaduu adalah percuma, dan PlayTV Asia Sdn Bhd menjanjikan laman tersebut akan kekal percuma sampai bila-bila.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd